About Me

My photo
Muzaffar Zarrataj | Call me Zara | 15 December 1992 | Magic is my life

Sunday, 24 June 2012

Lines Between Dream And Love


Ahhhh,Love atau Cinta atau Ai atau macam mana pun kau translate kan ia,semua orang mahukannya dan semua orang sukanya,well bukanlah semua for this moment sebab let's be honest,saat ni mesti ada orang tengah menangis dengan muka meniarap ke bantal sebab putus cinta kan.So,let's move on.Lepas tu kita Dream iaitu Impian,well ini pun aku tak pasti kalau semua orang ada ni tapi yang pasti aku ada impian dalam hidup aku dan to be honest,kalau korang dengar impian aku mesti korang ingat aku gila ataupun paling kurang korang gelakkan aku tanpa belas kasihan.

Berdasarkan pengalaman aku kan,setiap kali aku berkata pada diri aku "Dah tak boleh main-main dah,aku kena fokus untuk capai impian hidup aku",then what do you know,tiba-tiba dalam hidup aku muncul seorang perempuan yang aku rasa "konon"nya aku sudah jatuh cinta dengan dia,blargh! Biar aku bagitahu korang,bila wujudnya pasangan dalam hidup korang,pintu impian kau makin lama akan jadi makin kecil tau.Siapa tahu,mungkin lama-lama pintu tu dari kecil terus hilang,pupus.Nak tau kenapa? Ia dipanggil sesuatu yang melibatkan nafsu dan kononnya perasaan "cinta" iaitu sesuatu yang dipanggil Kahwin Muda.

Bila kau dah mula bercinta,kau akan menjadi buta kerana cinta itu buta dan juga boleh membutakan.Haa,nampak tak skill aku dalam memasukkan lirik lagu Too Phat dalam post kali ni?Tapi serious,bila kau dah dibutakan oleh cinta,kau dah tak pikir dah pasal impian kau,kau terus pikir pasal lepas study kau nak kahwin.Terus,taknak tunggu.Kalau boleh 24,25 tu nak kahwin terus.Lepas putus,tak jadi dah nak kahwin pastu sambung usaha untuk kejar impian,lepas tu jatuh cinta balik dan semuanya ulang balik semula,

Pada pendapat aku lah,lebih baik kau pilih untuk capai impian dari berkahwin muda dengan pasangan "jodoh" kau tu,korang masih muda dan korang ada impian.Cuba pikir,kenapa nak lepaskan impian dan berkahwin bila kau boleh capai impian kau dan berkahwin sebab at one point,kita semua akan berkahwin kan? Seperti kata-kata yang bernas,"Kalau ada jodoh,tak kemananya" bermakna kalau kau lepaskan pasangan korang dan capai impian korang,kalau dia dah jodoh kau,kahwin jugak korang nanti.Time tu,impian kau dapat,jodoh pun kau dapat.Ingat,apapun pilihan hidup kau,pastikan kalau kau menyesal,kau dah dapat merasa impian kau daripada kau menyesal satu hari nanti dan terpikir macam mana lah hidup kau jika kau pilih jalan yang satu lagi.Menyesal dan terpikir macam manalah hidup kau akan terjadi kalau kau kejar impian kau dan tak kahwin muda.Siapa tak nak kan berjaya dan dapat duit untuk buat benda yang kita suka? Pendek kata,panjang senyap saja.Kadang-kadang,pasangan ini boleh menghalang kita dari mencapai impian kita kecuali kalau dapat yang support 100% tu bertuah laa.Bersusah sama-sama demi impian diri kau.

"Dalam hidup ini ada dua jalan,pilih lah jalan yang betul dan jika satu hari kau menyesal,pastikan sesalan itu berbaloi dan membahagiakan kau.Lebih baik menyesal dapat merasa,dari menyesal sebab melepaskan peluang."

"Cinta datang dan pergi tetapi Peluang datang sekali dalam seumur hidup"

                                                                                                                                          - ZARA

1 comment:

  1. Selain sarcasm, kau juga mempunyai ideologi menarik ya? Hew :3

    ReplyDelete