About Me

My photo
Muzaffar Zarrataj | Call me Zara | 15 December 1992 | Magic is my life

Wednesday, 20 June 2012

Kejantanan Seorang Lelaki


Kejantanan...biar aku cerita apa itu kejantanan.Ia sesuatu yang semua lelaki ada.Ia adalah sejenis garisan yang membezakan antara lelaki dan anak jantan.Membezakan antara penakut dan yang berani.Ia sesuatu yang suci.Biar aku bagitau korang sesuatu,kejantanan adalah sesuatu benda yang bodoh dan menyusahkan.Well,mungkin tak bodoh tapi ia memang menyusahkan.Macam aku cakap tadi,kejantanan adalah garisan yang membezakan antara lelaki dan anak jantan.

Sebagai contoh,kalau ada seorang lelaki bodoh yang mencabar kau untuk gaduh sebab kau pandang awek dia selama 2 saat.Well,dengar jer dah memang satu perkara yang bodoh kan tapi bila kau nak berundur sebab kau sedar yang ianya adalah suatu perkara yang bodoh untuk bergaduh sebab perempuan dan perempuan tu awek orang yang kau tak minat langsung,lelaki tu jerit "Apsal tak nak?Takut?Kau lelaki ke pondan?". Dekat situ jer,nak tak nak,kau kena gaduh ar nak buktikan yang kau seorang lelaki tulen.

Itu baru satu contoh,disebabkan kau nak berundur dari buat perkara bodoh dan tak berfaedah,kau dilabel pondan,penakut dan disitu kejantanan kau tercabar.Kalau kejantanan ni takde,takdenya kami lelaki nak buat benda-benda macam tu.Banyak lagi contoh yang boleh diadaptasikan selalunya berkenaan cabar (Dare) seperti contoh member nak buat jahat tapi takut pastu cabar kau,member cabar buat benda bodoh mcm lompat jambatan.Banyak lah lagi dan hampir kesemuanya adalah bodoh dan tak berfaedah tapi ada juga yang berfaedah tapi menakutkan dan aku tidak suka akannya iaitu One Shot Luah Perasaan Dekat Crush.Pergh,itu memang cuak laa kan.

Well,kata akhir aku ialah Kejantanan diri seorang lelaki ini memang menyusahkan.Sebab benda tu lah,aku terpaksa buat itu lah,buat ini lah,buat benda yang aku tak sukalah.Apa-apa pun nasihat aku,be a gentleman and walk away from the idiots.

                                                                                                                                                - ZARA

No comments:

Post a Comment